Gambo Aktiviti Pro XPDC

Program 1- Pra Pendakian Gunung Kinabalu di Bukit Broga, Semenyih.

Berjaya sampai di check poin # 1, Bukit Broga


Pemandu arah


Meneruskan pendakian ke chek poin # 2 & 3

Post menarik dari puncak Bukit Broga


Di chek poin # 3 puncak Bukit Broga (400m)


Semangat 1Malaysia 1Belia


Waktu malam di chek poin # 3 puncak Bukit Broga


Sesi taklimat di chek poin # 1 sebelum turun jam 8.30mlm


Puncak Bukit Broga pada 9/4/11 @ 6.40ptg. Aktiviti pertama ini berjaya memberikan satu pengalaman yang menarik lagi mencabar. Keadaan jalan yang licin dan basah samasa hujan tidak mematahkan semangat berpasukan naik keatas walaupun ada pengunaan kasut yang kurang bersesuaian.

Kelihatan wajah-wajah ceria dari semua member memberikan gambaran bahawa aktiviti pertama ini telah berjaya dengan cemerlang walaupun ada cabaran-cabaran yang terpaksa dipikul. Namun semua itu bukan lah menjadi satu halangan untuk terus melangkah kehadapan.

Tahniah dan syabas kepada semua member yang menjayakan aktiviti ini dan semoga semangat berpasukan seperti ini akan terus kekal selamanya.






Perjumpaan (2) ini bertujuan untuk mendapatkan sebulat suara peserta untuk memulakan aktiviti pertama Pra XPDC Gunung Kinabalu di Bukit Broga pada 9hb April 2011. Alhamdullillah perbincangan ini berjalan dengan lancar dan semua peserta bersetuju dengan tarikh tersebut (sila lihat aktiviti penuh di laman berita).






Perjumpaan (1) telah diadakan di Restoran D' Manggis, Kuang, Selangor pada 5hb Mac 2011 jam 9.30mlm. Perjumpaan ini lebih kepada suai kenal peserta sedia ada dan juga peserta baru dan telah dipengerusikan oleh Presiden Persatuan, En. Muhamad Azhar Musa bersama penasihat persatuan En. Abd Rahim Daim (Sistem Penyiaran TV3).

Memperkenalkan Jawatankuasa Pelaksana iaitu ketua Program XPDC, En. Zainal Sahadan dan juga melantik setiausaha Program ini, En. Zamri Rigan.

Presiden Persatuan juga telah memberi penerangan ringkas hala tulu program ini, khasnya kepada belia-belia supaya melakukan yang terbaik dalam XPDC ini dan juga dalam kehidupan seharian serta saling hormat menghormati.

Program ini telah mendapat persetujuan dan kelulusan dari segi kewangan daripada penaung Persatuan Belia Enggang, YB Dato Dr Hj. Mohd Satim Bin Diman (DUN Puchong).

Acara diteruskan dengan jamuan makan malam dan bersurai.