PROGRAM BERSAMA BELIA,
XPDC PENDAKIAN GUNUNG KINABALU
BERSAMA SEBUAH MOTOSIKAL
November 2011
LATARBELAKANG
Program XPDC Gunung Kinabalu yang akan diadakan pada Nov 2011, maka setiap peserta program perlu menjalani latihan yang sistematik sebagai persediaan untuk mendaki Gunung Kinabalu. Untuk berdepan dengan cabaran mendaki Gunung Kinabalu yang ketinggiannya mencecah 4905.2 meter dari aras laut, persediaan dengan mengikuti aktiviti –aktiviti yang diadakan oleh jawatankuasa pelaksana atau aktiviti sendiri.
Program-program Pra Pendakian amat penting bagi memastikan setiap peserta benar-benar bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk mengharungi cabaran di Gunung Kinabalu nanti. Latihan dan persediaan yang dibuat merangkumi aspek ketahanan dan kekuatan fizikal, ketahanan terhadap suhu yang sejuk dan teknik pendakian yang betul serta selamat.
Program Pra Pendakian juga amat penting bagi membiasakan diri peserta dengan cuaca yang sejuk dan membina kekuatan fizikal terutamanya di bahagian kaki untuk mendaki dalam jarak ketinggian yang tinggi dan mencabar. Ia juga dapat mengelakkan peserta daripada mengalami kecederaan yang serius semasa pendakian Gunung Kinabalu apabila berdepan dengan cabaran yang sebenar ketika itu kerana mereka telah menerima latihan yang mencukup.
ASAS-ASAS PERTIMBANGAN
Program ini merupakan salah satu aktiviti program yang dianjurkan di bawah Persatuan Belia Enggang, Bandar Kinrara, Puchong dibawah naungan Dato Dr Hj Mohd Satim.b. Diman (DUN N29 Sri Serdang, Ketua UMNO Bhg. Puchong).
OBJEKTIF PROGRAM
1. Memberi pengalaman kepada peserta untuk berhadapan dengan cabaran sebenar mendaki Gunung Kinabalu
2. Memupuk semangat kerjasama dan setia kawan antara peserta program
3. Membina ketahanan dan kekuatan fizikal dan mental
4. Memberi kesedaran tentang pentingnya mengekalkan kecerdasan tubuh badan pada tahap yang optimum
5. Meningkatkan keyakinan para peserta untuk berhadapan dengan sebarang cabaran dan rintangan
IMPLIKASI
1. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan; ia akan membina sahsiah peserta yang berketrampilan dan mampu menghadapi segala cabaran dan arus globalisasi,
2. Meningkatkan rasa kecintaan yang tinggi bagi mengangkat nama Persatuan dan diri sendiri ke tahap yang lebih tinggi,
3. Melatih bakal-bakal belia untuk mengendalikan program dan aktiviti yang melibatkan pihak luar, mengikut prosedur yang teratur dan betul,
4. Memantapkan ketahanan fizikal dan mental bakal-bakal guru ke arah melahirkan belia-belia yang bersemangat tinggi dan optimis melalui latihan fizikal yang mereka lalui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih. Pihak admin akan layan komen anda.